Sunday 22 June 2014

// // Leave a Comment

SET BERSALIN SHAKLEE UNTUK KURUSKAN BADAN

Syukur, Alhamdulillah saya dberi kesempatan untuk berkongsi pengalaman menarik pengguna Set Bersalin Shaklee Untuk Kuruskan Badan. Ramai ibu-ibu ketika hamil mengalami penambahan berat badan yang banyak. 

Saya sendiri semasa hamil anak yang pertama mengalami kenaikan berat badan yang sangat drastik. Berat badan saya dari 74 kg bertambah menjadi 100kg. 

Badan ini bagai dipam-pam, kerana selera makan ketika itu tidak dapat dikawal. Ketika itu saya belum mengenali Set Bersalin Shaklee

Keadaan ini bukan saya sahaja yang mengalaminya, ramai lagi ibu-ibu hamil yang mengalami masalah seperti saya.


Dengan Shaklee, anda tidak perlu risau lagi kerana Set Bersalin Shaklee boleh membantu anda mengurangkan berat badan anda ketika tempoh berpantang. Ramai yang telah berjaya menurunkan berat badan mereka ketika berpantang dengan Set Bersalin Shaklee Untuk Kuruskan Badan. 

Di sini saya ingin berkongsi kisah gembira seorang pengguna Set Bersalin Shaklee dari Lahad Datu,Sabah. Beliau telah mengalami pengalaman berpantang yang berbeza dari sebelum ank yang ketiga ini setelah menggunakan Set Bersalin Shaklee. 

Pengalaman yang beliau kongsikan ini sangat mengujakan kami kerana selain dapat menurunkan berat  badan, Set Bersalin Shaklee menurut beliau dapat membanyakkan air susu badannya juga.





Berat badannya mengalami penurunan dari 88kg (berat semasa trimester ke 3) kepada 71kg dalam masa sebulan. Wah, 17kg dalam masa sebulan, banyak tu. 

Apa yang menggujakan lagi beliau berhasil mendapatkan berat bdan yang lebih rendah dari sebelum hamil ( berat sebelum hamil 82kg ). Selain itu susu badannya banyak, beliau juga bertenaga sepanjang berpantang walau menjaga 3 anak kecil sendiri. 


Jika anda mahu membaca lagi pengalaman dari pengguna Set Bersalin Shaklee yang lain,  klik di sini.
Read More

Friday 20 June 2014

// // Leave a Comment

SET BERSALIN SHAKLEE PENGALAMAN SAHABAT KAMI PUAN AIZZAH DARI PENANG

Syukur alhamdulillah, selama saya bersama Shaklee, banyak maklum balas positif yang telah saya terima dari pengguna-pengguna Set Bersalin Shaklee. 

Klik di sini untuk membaca pengalaman saya menggunakan Set Bersalin Shaklee.

Ada di antara ibu berpantang lebih gemar menggunakan Set Bersalin Tradisional berbanding Set Bersalin Moden. Oleh itu saya ingin berkongsi satu kisah yang bakal mengubah persepsi anda terhadap Set Bersalin Moden.

Set Bersalin Shaklee


Mari kita baca kisah suka duka Pn Aizzah bersalin dan berpantang serta pengalaman beliau menggunakan Set Bersalin Shaklee Premium. Testimoni di bawah dipetik dari blog beliau ; www.hargasetbersalinpremium.blogspot.com





Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera buat semua pembaca...

Saya menggunakan Set Bersalin Premium Shaklee ini ketika saya bersalin anak yang ke-3. Sebenarnya pada mulanya saya pun seperti kebanyakan ibu dan bakal ibu (mengandung anak sulong) yang risau dan pening untuk mencari vitamin atau jamu yang sesuai untuk digunakan ketika berpantang.

Semua ibu pastinya mahukan yang terbaik untuk anak yang bakal dilahirkan juga untuk diri sendiri. Seperti yang semua ibu sedia maklum, bersalin dan untuk pulih seperti sediakala bukan mudah. Ada sesetengah ibu yang mengalami tekanan ketika berpantang disebabkan tekanan yang datang dalam pelbagai bentuk seperti :
  • Kurang tidur - itu sudah semestinya bagi ibu-ibu yang berpantang
  • Anak kecil meragam - kurang susu, kembung perut antara yang sering dialami oleh newborn baby
  • Terpaksa menguruskan anak-anak yang lain yang pelbagai ragam - bagi ibu-ibu yang berpantang sendiri di rumah
  • Luka bersalin yang lambat sembuh - terutama yang bersalin cara pembedahan
  • Situasi di luar jangkaan - bagi ibu-ibu yang bersalin anak sulong yang tidak pernah menjangka akan berhadapan dengan situasi yang meletihkannya
Apa pun bentuk tekanan yang dihadapi oleh para ibu faktor penyebab haruslah diberi perhatian yang lebih.


Pengalaman Bersalin dan Berpantang Anak Sulong.

Pengalaman saya bersalin dan berpantang anak sulong memang benar-benar mengejutkan saya. Sebagai bakal ibu yang tidak pernah melalui situasi bersalin dan berpantang sudah pasti saya tertanya-tanya bagaimana rasanya sakit bersalin.

Rasa teruja yang terlalu tinggi menyebabkan saya jadi tidak keruan bila berhadapan dengan tanda untuk bersalin dan ketika itulah keluarga memainkan peranan penting dalam menenangkan saya yang dalam kesakitan.

Saya rasa sakit kontraksi sekitar pukul 10.00am dan dimasukkan ke wad sekitar pukul 3.00pm. Kontraksi jadi semakin kuat sekitar 7.00pm sehingga 11.00pm tapi bukaan masih 1 cm. Ketika itu, Allah SWT saja yang tahu bagaimana situasi saya yang tidak pernah menjangkakan sakit bersalin seperti yang telah dirasakan.

Sekitar pukul 4.00am, dalam menahan rasa sakit tiba-tiba saya rasakan letupan kecil seperti belon pecah diperut dan pada masa yang sama kain dan katil saya basah. Rupanya waktu itu air ketuban saya pecah, dalam kesakitan saya mampu lagi tersenyum kerana merasakan pengalaman itu sangat menarik. Walau bagaimanapun bukaan baru 1.5 cm.

Memang ketika itu saya hanya mampu menangis menahan kesakitan, dalam fikiran ketika itu bukaan 1.5cm pn dah rasa sakit macam ni apalagi bukaan 10cm, yang terbayang ketika itu hanya wajah ibu ketika melahirkan saya. "ya Allah ya Tuhan ku lindungilah ibu ku ya Allah".

Tepat pukul 8.30am, saya dimasukkan ke labour room setelah bukaan 4.5cm. Ketika itu memang saya sudah tidak bertenaga lagi dan apa yang lebih merisaukan saya ketika itu ialah saya tak mampu untuk meneran. Lalu saya meminta epidural diberikan agar kesakitan menjadi kurang dan saya mampu untuk bertenang ketika bersalin.

Alhamdulillah, epidural ketika itu benar-benar membantu saya mengurangkan kesakitan yang saya alami. Tepat 1.00pm saya sudah tidak mampu bertahan dan merasakan kesakitan yang semakin kuat sehingga epidural pun dirasakan sudah tidak mampu menahan kesakitan itu dan ketika itulah saya diminta untuk meneran.

Seperti yang saya jangka, saya sudah tidak bertenaga untuk meneran dan 10 minit berlalu baby masih belum dapat keluar. Ketika itu saya terdengar kata-kata bidan lagi 5 minit saya tak bersalin juga mereka terpaksa vakum baby keluar.

Masa yang sama juga suami yang sedari awal berada disisi memberi sokongan meminta saya meneran sehabis baik dan kata-katanya ketika itu masih segar dalam ingatan,

"Mama, kali ni teran sekuat-kuatnya...kesian kat baby"

Mendengar permintaan itu saya pun menarik nafas sepanjang yang saya mampu ketika itu dan bila mendengar suara bidan meminta saya meneran, saya pun mengerah sisa tenaga yang ada meneran sekuat yang mungkin dan akhirnya setelah 26 jam bertarung dengan kesakitan akhirnya tepat 1.15pm saya selamat melahirkan baby boy seberat 2.7kg.

Belum habis rasa trauma bersalin, situasi berpantang juga sangat membuatkan saya terkejut. Ketika itu baby sering menangis malam. Air susu kurang menyebabkan anak sering meragam dan turut mengalami masalah sembelit serta kembung perut.

Ketika itu Allah SWT saja yang tahu betapa saya tertekan. Luka jahitan lambat sembuh sehingga memakan masa 20 hari untuk sembuh. Masa tu saya memang tak lalu minum pati ikan haruan dan bergantung sepenuhnya dengan pil ikan haruan untuk sembuh. 

Badan pula memang rasa sakit dan tidak bertenaga. Malah sehingga hari ke-40 pun saya masih lemah dan ketika itu saya cuma makan pil jamu. Masa berpantang anak sulong saya langsung tidak melakukan sebarang kerja rumah dan lebih banyak berehat dan berbaring, tapi badan tetap lemah dan tak bertenaga.

Makan pula memang tak lalu dan kadang-kadang diserang gastrik dan sembelit. Memang kalau nak kata saya tertekan, memang saya mengaku saya sangat tertekan ketika itu. Walaupun sehingga habis pantang tenaga saya masih tidak pulih.


Pengalaman Bersalin dan Berpantang Anak ke-2.

Apabila anak sulong saya berusia 8 bulan, saya disahkan hamil sekali lagi. Masa tu saya tak tau nak kata apa sebab trauma bersalin dan berpantang anak sulong masih terasa. Tetapi apa yang membuatkan saya menerima berita tersebut dengan gembira dan hati terbuka ialah Allah SWT ingin memberikan rezeki yang tidak ternilai yang tak semua insan dapat iaitu zuriat.

Oleh sebab itu saya terus mempersiapkan diri dengan kekuatan mental, rohani dan jasmani agar saya mampu berdepan dengan apa jua situasi yang bakal saya hadapi.

Alhamdulillah, di awal kehamilan saya tidak mengalami alahan teruk sama seperti hamil anak yang sulong. Walau bagaimanapun, ketika kandungan mencecah 7 bulan turun tanda awal bersalin menyebabkan saya diberikan suntikan untuk membantu paru-paru baby matang dan doktor meminta saya berehat dirumah tanpa membuat sebarang kerja berat dan ketika kandungan mencecah 8 bulan doktor mengesahkan baby sudah memasuki laluan dan bila-bila masa boleh bersalin.

Ketika saya rasa berdebar dan berdoa semoga anak saya lahir cukup bulan. Alhamdulillah doa saya dan keluarga dimakbulkan Allah SWT apabila genap usia kandungan saya 38 minggu turun tanda awal bersalin.

Saya dimasukkan ke wad pukul 9.00 malam yang mana ketika itu bukaan adalah 2cm. Sekitar pukul 12.30am, saya kontraksi semakin kuat dan doktor mengesahkan bukaan dah 5cm dan saya dimasukkan ke labour room.

Memang bersalin kali ke-2 ni bukaan agak cepat apabila sekitar pukul 2.00am bukaan dh masuk 7cm. Sekitar pukul 2.45am bukaan dah penuh dan sekitar pukul 2.55am saya selamat melahirkan anak ke-2.

Walau bagaimanapun, kesakitan yang dialami memang tak mampu ditanggung sehingga diluar sedar saya menjerit kesakitan. Ketika itu doktor memberikan saya gas etonox agar saya mampu menahan kesakitan, tapi kesakitan tersebut membuatkan saya jadi tak tenang dan tak mampu menyedut gas tersebut dengan baik akhirnya saya sendiri rasa mabuk dan hampir pitam.

Saya tak pasti pula keadaan suami ketika itu melihat keadaan saya kerana saya sudah tak mampu untuk bercakap dengannya dan hanya menjerit kesakitan.

Setelah selamat melahirkan anak ke-2, pengalaman berpantang kali ini  berbeza sedikit dengan pengalaman anak sulong. Kali ni anak kurang meragam, kurang menyusu dan lebih banyak tidur.

Walau bagaimanapun, baby tak mengalami sembelit dan kembung perut kerana lebih banyak menyusu badan. Namun susu badan pula yang sedikit dan menjadi kering selepas habis berpantang.

Ketika pantang kali ni saya mengambil jamu Indonesia yang mana penggunaanya amat rumit dan meletihkan. Walaupun agak bertenaga sedikit berbanding berpantang sebelumnya, namun luka jahitan juga lambat sembuh dan saya terpaksa berulang-alik ke hospital akibat jahitan terbuka.

Kali ini saya langsung tak mengambil pil ikan haruan dan bergantung sepenuhnya dengan jamu tersebut. Berpantang anak ke-2, saya terpaksa menguruskan anak sulong. Walau turut dibantu ahli keluarga tapi saya tetap keletihan dan merasa sedikit tertekan.


Pengalaman Bersalin dan Berpantang Anak ke-3 Menggunakan Vitamin Shaklee.

Masuk bab ni memang saya sangat teruja dan tak sabar untuk bercerita. Setelah hampir 3 tahun berlalu, saya disahkan hamil anak ke-3. Ketika itu saya dan suami la insan yang paling gembira sekali.

Seperti sebelumnya, di awal kehamilan kali ini juga saya tidak mengalami alahan yang teruk sama seperti kehamilan pertama dan ke-2, yelah mungkin sudah rezeki saya.

Walau bagaimanapun, apabila kehamilan saya mencecah usia 29 minggu saya terpaksa dimasukkan ke wad akibat reduce fetal movement (baby kurang gerak). Akibat kes yang sama juga sekali lagi saya dimasukkan ke wad ketika kehamilan mencecah 32 minggu. Ketika itu, hanya Allah SWT yang tahu betapa risaunya saya ketika itu.

Akibat kes tersebut, saya mula membuat persediaan awal. Saya juga mula mencari jamu yang sesuai untuk berpantang. Apa yang pasti, saya tak mahu jamu yang saya guna masa berpantang anak sulong dan ke-2.

Dalam pening mencari jamu yang sesuai, beberapa orang rakan mencadangkan saya mengambil vitamin Shaklee. Disebabkan baru pertama kali mendengar nama vitamin tersebut dan kurang keyakinan yang vitamin boleh digunakan ketika berpantang.

Saya mula mencari info tentang vitamin tersebut dan akhirnya penerangan kak salwa tentang Shaklee berjaya meyakinkan saya untuk membeli Set Bersalin Premium Shaklee
Set Bersalin Shaklee
Ketika kehamilan mencecah 8 bulan, saya menghadapi masalah gastrik, kurang bertenaga dan kurang selera makan. Keadaan tersebut membuatkan saya risau tentang keadaan baby dalam kandungan. Akhirnya sekali lagi saya bertanyakan kak salwa pasal Set Kehamilan Shaklee. 

Apa yang membuatkan saya gembira bila mengetahui yang set kehamilan turut berada di dalam set bersalin yang telah saya beli. Hal tersebut sekurang-kurangnya telah membantu saya berjimat ;). Walau bagaimanapun timbul keraguan tentang kesannya kepada baby dalam kandungan. Namun saya beranikan diri untuk mencuba. 

Apa yang menakjubkan lepas 2 hari makan vitamin mengikut cara pemakanan yang betul akhirnya tanpa saya sedari masalah gastrik saya hilang dan kembali bertenaga. Selera makan juga kembali pulih dan menjadi semakin berselera untuk menjamah apa jua hidangan. 

Apa yang lagi membuatkan saya teruja bila baby dalam kandungan semakin aktif dan apabila saya membuat pemeriksaan antenatal di klinik, Hb saya yang sebelum ini paling tinggi 11 berjaya naik hingga 13. Menakjubkan bukan terutama bagi saya yang tak pernah menjangkakannya.


Apabila kehamilan mencecah 38 minggu, sekali lagi saya terpaksa masuk wad akibat kes yang sama iaitu baby kurang gerak dan ketika itu doktor pakar terpaksa mengambil keputusan melakukan induce ke atas saya. Ketika itu Allah SWT saja yang tahu perasaan saya. 

Rasa takut membuak-buak lebih-lebih lagi bila teringat kata-kata rakan yang induce ni sakit daripada bersalin tanpa induce. Namun ku gagahkan juga diri berdepan situasi tersebut. Sebelum diinduce saya sempat bersarapan dengan 2 keping roti dan ESP serta vitamin Shaklee. 

Saya diinduce pukul 2.00pm dan mula merasa sakit kontraksi pukul 3.00pm. Apa yang menarik, saya rasa kesakitan kali ni lebih kuat berbanding bersalin anak ke-2 tapi saya masih mampu tenang dan tak sedikit pun menjerit. Hanya air mata yang mengalir dan melihatkan keadaan tersebut jururawat terus memberikan saya gas etonox untuk menahan kesakitan.

Sekali lagi saya rasa menakjubkan bila saya dengan tenang mendengar penerangan jururawat bagaimana menggunakan gas tersebut dengan berkesan. Sangat terharu bila saya berjaya menggunakan gas tersebut dengan berkesan dan memang sangat-sangat membantu mengurangkan sakit saya dan saya menjadi semakin tenang.

Pukul 4.15pm, saya meminta suami disisi memanggilkan doktor bila saya rasa sudah tidak mampu bertahan dan doktor tidak menyangka bukaan sudah penuh dan dah sedia untuk keluar. 

Ketika itu, doktor memberi penerangan bagaimana nak meneran dengan cara yang betul dan yang menakjubkan saya masih mampu mendengar penerangan tersebut dan berjaya meneran dengan penuh bertenaga. Akhirnya pukul 4.30pm saya selamat melahirkan baby girl seberat 3.4kg. 

Walaupun kelahiran kali ini seberat 3.4kg berbanding anak sulong 2.7 dan ke-2 seberat 2.8, tapi apa yang membuatkan saya gembira dan bersyukur sangat kelahiran kali ini lancar tanpa sebarang luka dan ia memang pengalaman yang sangat menakjubkan. 

Proses kelahiran yang pantas, penuh bertenaga, melahirkan baby seberat 3.4kg tanpa sebarang luka dan jahitan sesungguhnya itu adalah hadiah yang tidak terhingga dari Allah SWT dan sesungguhnya saya sangat-sangat bersyukur kerana dipermudahkan oleh Allah SWT. Sesungguhnya kita hanya mampu berusaha dan segala kejayaan hanya dengan izinNya jua.

Selesai bab bersalin, kini masuk fasa berpantang. Sekali lagi Shaklee memberikan keseronokan berpantang yang memang sangat mengujakan. Selepas sehari bersalin saya terus mengambil vitamin set bersalin dan saya ikut jadual pemakanan yang telah disarankan. 

Selepas 3 hari berpantang memang saya rasa bertenaga semula walaupun tidur tak cukup. Baby tidak meragam dan tak kembung perut. Air susu banyak dan pekat. pengurusan makan vitamin tidak rumit berbanding pengambilan jamu dan tidak meletihkan. 

Cuma bezanya hanya perlu minum air yang banyak kalau tak kemungkinan kita akan berdepan dengan healing crisis. Apa yang lebih menarik saya tiada masalah sembelit dan badan cepat kurus berbanding makan jamu. Rahim juga cepat kecut dan yang menariknya semasa membuat pemeriksaan postnatal Hb saya juga pekat iaitu 12.5. 

Kulit juga semakin berseri dan tidak pucat. Walaupun saya terpaksa mengurus anak-anak ketika dalam pantang tapi saya tak keletihan dan sentiasa bertenaga. Saya juga tidak mengalami tekanan dan sentiasa rasa tenang walaupun berdepan dengan pelbagai karenah anak-anak. 

Kesimpulannya Shaklee memang menakjubkan dan tidak salah saya katakan di sini yang setiap lapisan masyarakat perlu memiliki Shaklee untuk kesihatan yang optimum.
Read More

Thursday 19 June 2014

// // Leave a Comment

SET BERSALIN SHAKLEE TERBAIK - BETUL KE SHAKLEE BAGUS UNTUK IBU BERPANTANG

Pasti ada yang tertanya-tanya betul ke Set Bersalin Shaklee ni bagus? boleh ke bantu banyakkan susu ibu? Betulkah Set Bersalin Shaklee dapat membantu ibu berpantang secara pembedahan (cesarean) sembuh dengan cepat?
Dan banyak lagi persoalan yang kami terima tentang Set Bersalin Shaklee.

Set Bersalin Shaklee

Di sini kami rungkaikan jawapannya.
Antara info penting yang wajib anda ketahui tentang Set Bersalin Shaklee :
  1. Set bersalin Shaklee adalah yang terbaik kerana  boleh digunakan untuk ibu yang bersalin normal atau pembedahan. 
  2. Tidak panas seperti jamu, semulajadi dan selamat buat ibu menyusu dan anak jaundis.
  3. Set Bersalin Shaklee 100% semulajadi, disahkan halal oleh badan yang diiktiraf Jakim.
  4. Harga Set Bersalin Shaklee berpatutan dengan manfaat yang bakal anda perolehi.
  5. Set Bersalin boleh diambil selepas tempoh berpantang.
  6. Set Bersalin Shaklee sesuai untuk ibu menyusu dan dapat membanyakkan susu badan.

Banyak lagi kelebihan Set Bersalin Shaklee yang akan anda dan bayi boleh perolehi. Anda boleh baca di sini.

Bagaimana Anda Dapat Memilih Set Bersalin Terbaik?

Pada masa sekarang terdapat lambakan Set Bersalin di pasaran yang pasti membuatkan ibu hamil dan berpantang pening dan tidak tahu yang mana yang terbaik. Kekurangan pengalaman membuatkan ramai ibu yang tersilap membeli set bersalin yang sesuai dan terbaik. 

Ini terjadi kepada saya sendiri. Teman-teman boleh baca pengalaman perbezaan berpantang menggunakan set bersalin jamu  dan Set Bersalin Shaklee, klik di sini. Di bawah merupakan testimoni dari pelanggan Dazzling Deeja.


Nutrisi yang lengkap dan seimbang penting semasa tempoh berpantang. Selepas kelahiran paras hormon dan saiz uterus kembali seperti biasa. Dianggarkan 25%-85% wanita postpartum mengalami kemurungan untuk beberapa hari.

Pakar nutrisi sangat menggalakkan pengambilan supplemen semasa tempoh berpantang bagi keperluan nutrien ibu dan bayi, membantu proses pemulihan badan selain dapat mengelak kemurungan atau meroyan. Supplemen Shaklee mampu memenuhi keperluan untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Ramai yang telah berpuas hati menggunakan Set Bersalin Shaklee. Lihat apa kata pakar dalam video di bawah.



Faktor kedua yang diambil kira semasa memilih set brsalin ialah harga yang ditawarkan Set Bersalin. Kebanyakan orang mencari yang sesuai dengan budget mereka tanpa memikirkan kualiti setiap produk. Harga yang ditawrkan Set Bersalin Shaklee sepadan dengan kualitinya. Saya berani jamin, hasil yang bakal anda perolehi sangat berbaloi.

Saya telah jumpa ramai pengguna Set Bersali Shaklee dan saya belum jumpa yang tidak berpuas hati. Kebanyakannya memberi komen positif seperti badan  segera pulih, luka bersalin cepat sembuh, badan bertenaga dan boleh berjaga malam menyusukan anak.

Jom baca review positif dari pengguna Set Bersalin Shaklee

Set Bersalin Shaklee
Testimoni Set Bersalin Pembedahan Shaklee

Set Bersalin Shaklee
Testimoni Set Bersalin Shaklee
Untuk pengetahuan anda terdapat beberapa jenis Set Bersalin Shaklee mengikut keperluan dan budget anda. Anda boleh baca lanjut "review" nya, klik di sini.

Saya yakin, anda semua bijak, mengapa perlu bayar lebih sedangkan anda boleh berjimat. Nak beli dengan harga ahli dan ada antara anda yang nak tambah sumber pendapatan. Maklumat lanjut klik Kelebihan Daftar Ahli Bersama Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia.

Atau anda boleh hubungi saya dan saya akan beri penerangan yang terbaik kepada anda.

Berikut merupakan manfaat setiap suplemen dalam Set Bersalin Shaklee.


Vitalea

Multivitamin dan multimineral yang membekalkan 28 jenis nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Ia mengandungi Beta Karotena untuk pemulihan dan perkembangan tisu; kalsium, fosforus dengan vitamin C & D untuk kesihatan tulang dan penyusuan; Biotin dan Panthotenic Acid untuk metabolisma lemak dan Vitamin B12 untuk pembentukan sel darah merah. Maklumlah ibu baru bersalin pasti banyak kehilangan darah.


B COMPLEX

B Complex lengkap dengan 8 jenis vitamin B untuk kesihatan saraf dan juga anti-stress. Ibu baru bersalin biasanya mengalami sedikit tekanan perasaan yang jika tidak diatasi boleh membawa kepada meroyan. Berada dalam keadaan tertekan juga boleh memberi kesan kepada susu badan.


VITAMIN C

Vitamin C penting dalam penjagaan kolagen tubuh. Vitamin C membantu penyerapan zat besi bagi mengelakkan anemia di kalangan ibu baru bersalin. Ia juga penting untuk mencegah selesema.

Satu kajian menunjukkan ibu-ibu menyusu yang mengambill vitamin C, mempunyai kosentrasi vitamin C pada bayi. Oleh itu bayi-bayi yang secara eksklusif diberi susu ibu tidak mengalami kekurangan vitamin C.


ZINC

Kekurangan zinc menjadikan luka lambat sembuh, dan ia juga berkait dengan tekanan selepas bersalin. Zinc juga membantu mengelakkan jangkitan pada luka serta mengelakkan rambut gugur.

Kita selalu dengar ikan haruan sangat elok untuk penyembuhan luka, ini kerana ikan haruan merupakan sumber Zinc. Supplemen Zinc merupakan cara mudah dibandingkan memakan ikan haruan kerana perlukan masa untuk masak dan makan.



Ibu baru bersalin memerlukan protein untuk membina kembali tisu-tisu dan memulihkan badan selepas selepas bersalin. Protein juga penting dalam penyusuan susu ibu. ESP dipercayai dapat memekatkan susu dan membanyakkan susu. ESP juga memberi tenaga kepada ibu dan memberi rasa kenyang. 


OSTEMATRIX

Gabungan kalsium-magnesium-vitamin D dan mineral2 lain bukan saja baik untuk tulang dan gigi malah membantu dalam pembentukan sel darah dan mengelakkan sembelit.


LECITHIN

Lecithin membantu ibu menyusu mengelak dan merawati bengkak susu.

Semoga anda jelas dengan manfaat dan kebaikan yang ditawarkan Set Bersalin Shaklee. Jika mempunyai pengalaman yang ingin dikongsi mengenai Set Bersalin Shaklee, anda boleh berkongsi diruan komen dan saya sangat berminat mengetahuinya.

Salam sayang, DD.


Read More

Tuesday 13 May 2014

// // Leave a Comment

Shaklee Bantu Atasi Masalah Sembelit Wanita Hamil Dan Berpantang

Alhamdulillah, ramai ibu-ibu yang hamil dan berpantang telah bebas dari masalah sembelit berkat ikhtiar dengan Shaklee. Saya sendiri mempunyai pengalaman sukar membuang air besar ketika hamil dan berpantang sehingga terpaksa menahan kesakitan. Jadi saya memahami perasaan mereka yang mengalaminya.

Shaklee Bantu Atasi Masalah Sembelit Wanita Hamil Dan Berpantang


Sebelum itu saya minta maaf jika perkongsian ini membuatkan anda jijik, tetapi ini lah yang berlaku kepada mereka yang sembelit sehingga mendapat buasir. Saya pasti ramai ibu hamil dan berpantang yang menghadapi masalah sukar membuang air besar sehingga terpaksa meneran teruk ketika membuang air besar. 

Shaklee Bantu Atasi Masalah Sembelit Wanita Hamil Dan Berpantang

Ada yang lebih parah, disebabkan terlalu meneran, sampaikan terkeluar dubur. Masih saya ingat teman baik saya mengalami sembelit sehingga terkeluar duburnya dan menyebabkan buasir. Masalahnya, ramai yang malu untuk berjumpa doktor. Dari sembelit biasa yang masih boleh dirawat, tetapi disebabkan malu. Sembelit bertukar kepada buasir. Kan teruk begitu, dah parah baru nak jumpa doktor. Kalau sampai terkena buasir kan lebih malu.

Shaklee Bantu Atasi Masalah Sembelit Wanita Hamil Dan Berpantang


Ada yang lebih teruk, disababkan terpaksa duduk senget dan buasir itu pula berdarah, lalu mengakibatkan ibu hamil mengalami tekanan darah rendah yang membawa kepada masalah tumpah darah yang mengakibatkan kematian ibu.

Ramai ibu-ibu yang mempunyai masalah yang menyedihkan ini telah dapat dibantu dengan vitamin Shaklee. Mereka kini duduk dengan senyum dan semua urusan tandas selesai dengan selesa dan mudah. Tiada lagi trauma untuk membuang air besar. 

Vitamin Shaklee membantu :
  • pembersihan najis yang tersekat dan terkumpul
  • meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersimpan atau tersekat lama dalam tubuh kita
  • membantu masalah sembelit
  • melembutkan najis
  • tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi

Shaklee Bantu Atasi Masalah Sembelit Wanita Hamil Dan Berpantang



Kami sebagai pengedar Shaklee terbaik, sedia membantu masalah anda. Kami ingin anda melaui tempoh kehamilan dan berpantang dengan tenang dan gembira. 

Sekiranya anda adalah ibui hamil dan ibu yang sedang berpantang yang ingin mengatasi masalah ini, bolehlah menghubungi kami untuk mendapatkan khidmat perkongsian kepakaran kami. InshaAllah kami akan kongsikan rahsia bagaimana ibu yang telah menghadapi masalah sembelit berjaya bebas dari sembelit dan buasir.



Read More
// // Leave a Comment

Kelebihan Daftar Ahli Bersama Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Buat pengetahuan anda, telah berkuatkuasa arahan dari Shaklee M Sdn. Bhd., bagi mereka yang bukan ahli Shaklee, produk haruslah dijual pada harga pasaran. Jadi saya yakin, anda semua bijak, mengapa perlu bayar lebih sedangkan anda boleh berjimat. 

Pasti ada yang terfikir, kalau daftar ahli Shaklee, wajib jadi Pengedar Shaklee ke? Anda tidak perlu risau, tidak semestinya anda daftar ahli Shaklee, anda perlu menjadi Pengedar Shaklee.


Pasti anda nak tahu apa kelebihan yang anda bakal perolehi sekiranya daftar sebagai ahli Shaklee. Berikut saya senaraikan apa yang "best" daftar ahli Shaklee ni sekiranya nak makan untuk kegunaan sendiri dengan untuk menambah pendapatan sebagai Pengedar Shaklee :-


Kelebihan Daftar Ahli Bersama Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia
Pebandingan manfaat yang bakal anda perolehi, Pilihan di tangan anda.

Mengapa anda perlu memilih Shaklee ?


  1. Shaklee sentiasa selamat,  mesra alam dan terbukti berkesan selama lebih 50 tahun
  2. Sebelum suplemen Shaklee dipasarkan, ia telah menjalani beratus-ratus ujian kawalan mutu dan dihasilkan dari sumber yang betul-betul berkualiti.
  3. Anda tidak perlu risau dengan status halal Shaklee, memang telah disahkan halal.
  4. Yuran keahlian serendah RM65 + 10 (postage) untuk kit permulaan Shaklee ( Seumur hidup dan tidak perlu diperbaharui).

Mengapa anda perlu daftar ahli Shaklee melalui saya, di bawah kumpulan kami wildan Multimillionaire ?

Kumpulan kami dinaungi oleh Master Siti Salwa atau lebih dikenali sbg Siti Al'Izzah. Untuk pengetahuan anda, Master Salwa hanya mengambil masa 6 bulan untuk mencapai pangkat Master Coordinator. Pasti anda ingin belajar berniaga dari mentor yang hebat ini. 

Antara kepakaran yang dimiliki agen-agen Shaklee dalam kumpulan kami ialah :

  • penyusuan susu ibu ( boleh dapat nasihat penyusuan terus dari kaunselor laktasi).
  • Internet Marketing
  • perbidanan dan sakit puan
  • motivasi dan kepimpinan
  • nutrisi dan makanan tambahan
Alhamdulillah gabungan kepakaran ini menghasilkan Pengedar Shaklee yang berkualiti. 

Kelebihan Daftar Ahli Bersama Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia


Kumpulan kami dinaungi oleh Kumpulan Pengedar Shaklee yang terbaikk di Malaysia, iaitu kumpulan Jutawan Shaklee di bawah pimpinan PM Cery. Untuk pengetahuan anda, pendapatan beliau sebulan mencecah 7 angka. 

Menurut beliau, "Keluarga Jutawan, ekslusif untuk yang terpilih sahaja yang ingin menjana side income 3-4-5-6-7 angka dengan modal serendah RM75 dan berbekalkan hati yang kental..."


Kelebihan Daftar Ahli Bersama Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia


Cara Daftar Ahli Shaklee :

Terdapat 2 cara untuk daftar ahli Shaklee, iaitu:


  1. Melaui pembelian barangan, anda perlu membeli produk Shaklee berjumlah lebih kurang RM670 dan anda mendapat keahlian percuma.
  2. Cara kedua, anda daftar ahli Shaklee dengan bayaran sebanyak 65 + 10 (postage) untuk kit permulaan Shaklee ( Seumur hidup dan tidak perlu diperbaharui).
Jadi kepada anda yang nak beli produk Shaklee ataupun nak join kumpulan kami, saya pasti anda bijak menilai dan mengambil tindakan segera, mengapa perlu bayar lebih sedangkan anda boleh berjimat dengan Daftar Ahli Shaklee. Lagi pula banyak manfaat yang bakal anda perolehi jika bersama kumpulan kami.

Hubungi saya segera di talian 017 6939 107.









Read More

Saturday 10 May 2014

// // 2 comments

SET BERSALIN SHAKLEE UNTUK BERPANTANG LEPAS PEMBEDAHAN

Kepakaran saya ialah membantu ibu-ibu bersalin menjalani tempoh berpantang dengan tenang dan gembira. Alhamdulillah saya sangat bersyukur kepada ALLAH, Shaklee telah  berjaya membantu ramai ibu berpantang yang bersalin secara pembedahan sembuh dengan cepat dan cergas bertenaga sepanjang tempoh berpantang sambil berjaya menyusukan bayi 100% dengan susu ibu.

Saya sendiri pernah mengalami pengalaman yang ngeri dan sukar semasa berpantang. Sesiapa sahaja yang pernah bersalin secara pembedahan pasti merasai pengalaman berpantang dengan luka pembedahan yang perlu dijaga, sakit yang ditanggung dan bayi kecil yang perlu dijaga. 

Berakhirnya Mimpi Ngeri Dengan Set Bersalin Pembedahan Shaklee


Syukur Alhamdulillah saya telah dipertemukan dengan Shaklee semasa berpantang anak yang ketiga, dan tiada lagi 'mimpi' ngeri. Anda boleh baca pengalaman saya di sini.

Masalahnya sekarang semakin ramai ibu-ibu terpaksa bersalin secara pembedahan. Keadaan ini mendatangkan banyak masalah kepada ibu yang pertama kali mengahadapinya. Luka pembedahan yang tidak dijaga dan dirawat dengan betul boleh menyebabkan luka lambat baik, berair serta bernanah. Sesiapa yang melaluinya pasti tertekan.

Alhamdulillah dengan Shaklee, ramai ibu bersalin pembedahan tidak lagi mengalami kemurungan. Luka pembedahan cepat kering dan pulih. Yang 'best'nya anda tidak perlu lagi jalan terbongkok dan perlahan-lahan dalam tempoh yang lama. Rasa pedih dan sengal luka pembedahan juga tidak perlu ditanggung lama. Bukan saya sorang yang rasa pengalaman yang 'superb' ni. Anda baca sendiri pengakuan jujur ibui-ibu ini.

Berakhirnya Mimpi Ngeri Dengan Set Bersalin Pembedahan Shaklee

Berakhirnya Mimpi Ngeri Dengan Set Bersalin Pembedahan Shaklee

Mengambil suplemen ni memang terbaik buat ibu-ibu bersalin secara pembedahan. Kata-kata saya ni disokong oleh kenyataan dari pakar perbidanan dan sakit puan terkenal iaitu Dr Hamid Arshat. Menurut beliau pemulihan luka pembedahan selepas bersalin memerlukan suplemen dan sumber makanan yang berzat dan berkhasiat. Beliau juga menyatakan "Lepas bedah penting untuk meningkatkan imuniti untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis , fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil".

Menurut kepercayaan orang lama, banyak makanan yang perlu dielak untuk dimakan. Bagi saya yang mana logik dan bagus kita ikut. Macam saya, mengikut saranan doktor untuk makan buah yang mana elok untuk perlawasan dan baik untuk bersihkan kawasan luka. 

Berakhirnya Mimpi Ngeri Dengan Set Bersalin Pembedahan Shaklee

Set Bersalin Pembedahan Shaklee memang pilihan yg terbaik dan tepat. Ia lengkap dengan semua vitamin dan mineral yang diperlukan badan ketika tempoh berpantang.

Saya, pakar Set Bersalin Shaklee anda bersedia untuk membantu para ibu bersalin melalui tempoh berpantang yang selesa agar kembali sihat dan pulih sambil menjayakan penyusuan. Kerana ibu itu nyawa sesebuah keluarga bahagia. Sebelum nak jaga suami dan anak-anak kita sebagai ibu ni kena kuat,cergas dan bertenaga.

Berakhirnya Mimpi Ngeri Dengan Set Bersalin Pembedahan Shaklee



Mana-mana ibu yang sedang menangung kesakitan luka bersalin, masih belum terlewat untuk mengambil Set Bersalin Pembedahan Shaklee. Buat ibu-ibu hamil yang telah dijadualkan bersalin secara pembedahan, pm saya untuk perkongsian cara menjalani berpantang bersama Set Bersalin Pembedahan Shaklee dan cara makan Set Bersalin Pembedahan Shaklee yang betul untuk mendapat hasil yang memuaskan. Oppss! cara makan Shaklee, khas dan esklusif untuk pembeli Dazzlingdeeja sahaja.




Read More

Sunday 27 April 2014

// // Leave a Comment

Set Bersalin Shaklee 5 in 1

Assalamualaikum.

Anda sedang mencari set bersalin yang terbaik buat anda?

Set Bersalin Shaklee  merupakan pilihan yang tepat dan bijak. Ia didatangkan dengan pelbagai set mengikut pilihan dan keperluan anda. Sebab apa saya katakan terbaik dan pilihan tepat lagi bijak, anda baca pengakuan dari ibu-ibu yang telah menggunakan Set Bersalin Shaklee.


Set Bersalin Shaklee 5 in 1

Set Bersalin Shaklee 5 in 1

Set Bersalin Shaklee 5 in 1

Set Bersalin Shaklee 5 in 1


Nutrisi yang lengkap dan penjagaan diri sangat diperlukan semasa tempoh berpantang untuk segera pulih dan membina semula tenaga yang telah hilang. Amalan pemakanan yang sihat selepas melahirkan anak, tidaklah terlalu sukar dan komplek. Ibu-ibu hanya perlu meneruskan diet seimbang yang telah diamalkan sepanjang tempoh kehamilan.


Set Bersalin Shaklee

Jika anda tidak menyusukan bayi, nutrien dan kalori yang diperlukan sama seperti sebelum anda hamil. Tetapi ibu-ibu sangat digalakkan menyusukan bayi mereka tanpa bantuan susu formula kerana terdapat banyak khasiat di dalam susu ibu untuk bayi anda. Selain itu ibu juga mendapat manfaat apabila menyusukan bayi mereka.

Set Bersalin Shaklee 5 in 1

Selain itu anda boleh mendapatkan nutrien yang diperlukan melalui pengambilan suplemen (makanan tambahan) atau vitamin. Supplemen sangat sesuai diambil bagi ibu berpantang moden yang biasanya inginkan sesuatu yang lengkap, pantas dan segera. Set Bersalin Shaklee memenuhi semua keperluan nutrisi yang diperlukan ibu bersalin secara normal mahupun pembedahan.


Set Bersalin Shaklee  mengandungi zat besi, vitamin C, kalsium, B kompleks, protin, asid folik, dan kesemua vitamin dan mineral yang diperluklan ibu berpantang. Zat besi membantu sistem pertahanan dan sangat diperlukan oleh hemoglobin (sel darah merah yang berperanan mengangkut oksigen ke seluruh bhagian badan manusia).

Berikut Merupakan Set Bersalin Shaklee mengikut keperluan dan pilihan di tangan anda :

1. Set Bersalin Shaklee Basic
Set Bersalin Shaklee 5 in 1

Set Bersalin Shaklee Basic ni sangat sesuai untuk mereka yang bersalin secara normal ataupun pembedahan. Set ini sesuai untuk mereka yang tiada masalah ketika bersalin dan mahu segera pulih dan bertenaga. 

Bagi mereka yang bersalin secara pembedahan set ini sesuai dan boleh diambil tetapi untuk kesan terbaik, disarankan mengambil Set Bersalin Untuk Pembedahan kerana mengandungi ESP Shaklee, di mana protin mebantu luka pembedahan pulih segera.

2. Set Bersalin Untuk Pembedahan


Set Bersalin Shaklee 5 in 1

Rata-rata ibu bersalin secara pembedahan yang menggunakan Shaklee selepas pembedahan memberi feedback berikut :

1)   Luka cepat sembuh

2)   Luka tidak rasa pedih dan tidah basah
3)   Mudah untuk buang air kecik dan air besar
4)   Susu banyak dan flow lancar
5)   Tidur berkualiti, walau sekejap tapi merehatkan
6)   rasa tenang dan tidak stress
7)   Cergas dan bertenaga sepanjang hari
8)   bayi tidak kembung 
9)   Berat badan turun cepat
10) luka sembuh lebih cepat dari sebelum menggunakan Shaklee. Ini merupakan pengalaman dari ibu yang bersalin secara pembedahan sebelum mengambil Shaklee.


3. Set Bersalin Untuk Banyakkan Susu


Set Bersalin Shaklee 5 in 1

Bagi ibu berpantang yang menyusui bayi atau pengidap anemia atau ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan, anda memerlukan pengurusan nutrisi yang khas buat anda. Anda digalakkan untuk makan makanan yang mengandungi protein yang tinggi, zink, vitamin C, kalsium dan zat besi.

Semua ini terkandung dalam Set Bersalin Shaklee Untuk Banyakkan Susu, di mana ia telah membantu ramai ibu meyusu dalam menjayakan penyusuan susu ibu. 


4. Set Bersalin Untuk Kuruskan Badan
Set Bersalin Shaklee 5 in 1




Set Bersalin Untuk Kuruskan Badan sangat sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami penambahan berat badan yang banyak. Semasa dalam tempoh berpantanglah kita patut mengambil peluang untuk menurunkan berat badan. 

Ini kerana kita punya banyak masa, maklum saje lah ketika pantang ibu-ibu sedang bercuti dan punyai masa lebih untuk tumpukan pada bayi dan program menurunkan berat badan.


5. Set Bersalin Shaklee Extravaganza

Set Bersalin Shaklee 5 in 1

Jika anda mencari Set Bersalin yang mampu memulih kembali badan anda dengan segera, menambahkan susu badan anda, memulihkan luka bersalin dengan segera dan mampu membantu anda menurunkan berat badan anda, Set Bersalin Extravaganza pilihan yang terbaik buat anda.

Selain itu ia membantu melancarkan sistem penghadaman anda dan mengelakkan anda dari sembelit. Yang paling penting, ia merapatkan dan memulihkan rahim.

Jadi anda boleh pilih ikut kemampuan dan keperluan anda.



Jika anda nak beli sendiri secara online di laman web rasmi Shaklee, anda boleh klik pautan di bawah.







Read More