Wednesday 16 April 2014

// // Leave a Comment

Ostematrix Shaklee Bukan Sekadar Kalsium

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ostematrix Shaklee ni kalau anda nak tahu, ia bukan hanya pil kalsium yang biasa tapi ia merupakan suplemen kalsium terbaik. Ini kerana selain kalsium, Ostematrix Shaklee mengandungi, magnesium, Boron, vitamin D, manganase, kopper dan zink.


Ostematrix Shaklee

Berdasarkan pengalaman saya mengambil Ostematrix Shaklee ni, saya berpuas hati sebab banyak membantu masalah kesihatan saya dan memudahkan saya. Seperti yang anda semua ketahui susu merupakan sumber terbaik bagi kalsium. Bukan semua orang boleh minum susu dan mampu untuk mengambil susu setiap hari secara konsisten.

Maksud saya bukan semua orang boleh minum susu ialah ada segelintir yang alah dengan susu lembu dan mengalami "lactose intolerance". Macam perut saya ni, kalau kerap minum susu, akan rasa tidak selesa dan adakalanya buat saya cirit birit. Tambahan pula saya ada gastrik dan susu pH nya berasid dan tidak sesuai diambil. Jadi Ostematrix Shaklee sangat ideal menggantikan susu.

Ostematrix Shaklee


Selain itu, ada yang tidak mampu nak minum susu setiap hari dan menjadikannya amalan setiap hari sebelum tidur. Mampu di sini bukanlah dari segi kewangan tetapi lebih kepada komitmen dan disiplin. 

Macam saya ni bila dah sibuk dengan tugas seharian, mula lah lupa nak minum susu. Jadi Ostematrix Shaklee sangat membantu dan memudahkan saya. Nak mudah saya letakkan Ostematrix Shaklee ni atas kepala katil dan sentiasa ada air kosong dalam bilik. 

Mudah kan begitu, tak perlu bancuh-bancuh. Lagi pula Ostematrix Shaklee ni elok diambil sebelum tidur dan pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur, akan memeperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.


Ostematrix Shaklee

Apa yang saya suka dengan Ostematrix Shaklee ni, ia banyak berjasa dengan saya. Sebelum mengambil Ostematrix, saya sering mengalami sakit-sakit di tumit kaki. Makan ubat yang diberikan doktor pun tidak lega. Kata doktor saya kurang kalsium. Setelah mengambil Ostematrix, alhamdulillah sampai sekarang sakitnya tiada.

Saya pernah tergelincir di dapur, tapak kaki saya tergeliat. Ya Allah, sakitnya Tuhan sahaja yang tahu. Malam tu saya x boleh tidur, kaki saya berdenyut-denyut dan bila jalan pun rasa sakit. Saya sangat risau kalau bangun pagi saya tidak boleh jalan dan uruskan bayi saya serta anak-anak yang lain. Alhamdulillah setelah makan Ostematrix dan Omega Guard Shaklee malam kejadian, paginya sakit kaki saya berkurangan.

Cerita teman saya pula, Ostematrix Shaklee ni kalau diambil bersama alfalfa, susu badannya jadi banyak. Memang betul, saya pun perasan susu badan saya jadi banyak. Ostematrix Shaklee memang terdapat dalam Set Penyusuan Shaklee dan Set Bersalin Shaklee, dimana ia membantu memenuhi keperluan kalsium, vitamin D, dan Magnesium yang diperlukan ibu dan bayi. 40% daripada susu ibu mengandungi kalsium dan menjadikan tulang kuat dan sihat.

Ostematrix Shaklee
Set Penyusuan Shaklee

Ostematrix Shaklee juga dapat membantu mengatasi masalah sembelit. Pengambilannya bersama alfalfa serta air yang banyak membantu melawaskan pembuangan air besar. Ini kerana Ostematrix Shaklee dapat membantu memudahkan rembesan keluar dari sisa dari perut dan usus dan alfalfa merupakan sumber serat yang baik untuk pelawasan.

Selain itu, Ostematrix Shaklee dapat membantu mengurangkan stress, mengimbangi tekanan darah, dan memelihara denyutan jantung, Pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak dapat membantu meringurangkan kesakitan semasa datang haid.

Banyak kan manfaat yang kita boleh dapat dari Ostematrix Shaklee ni. Tambahan pula kalsium dalam badan kita hilang dan berkurang setiap hari. Jadi setiap hari kita perlu mengambil kalsium dari sumber makanan dan makanan tambahan.

Untuk pertanyaan dan pembelian boleh ikut step di bawah.






0 comments:

Post a Comment