Showing posts with label Set Penyusuan Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Penyusuan Shaklee. Show all posts

Saturday, 10 May 2014

// // 2 comments

SET BERSALIN SHAKLEE UNTUK BERPANTANG LEPAS PEMBEDAHAN

Kepakaran saya ialah membantu ibu-ibu bersalin menjalani tempoh berpantang dengan tenang dan gembira. Alhamdulillah saya sangat bersyukur kepada ALLAH, Shaklee telah  berjaya membantu ramai ibu berpantang yang bersalin secara pembedahan sembuh dengan cepat dan cergas bertenaga sepanjang tempoh berpantang sambil berjaya menyusukan bayi 100% dengan susu ibu.

Saya sendiri pernah mengalami pengalaman yang ngeri dan sukar semasa berpantang. Sesiapa sahaja yang pernah bersalin secara pembedahan pasti merasai pengalaman berpantang dengan luka pembedahan yang perlu dijaga, sakit yang ditanggung dan bayi kecil yang perlu dijaga. 

Berakhirnya Mimpi Ngeri Dengan Set Bersalin Pembedahan Shaklee


Syukur Alhamdulillah saya telah dipertemukan dengan Shaklee semasa berpantang anak yang ketiga, dan tiada lagi 'mimpi' ngeri. Anda boleh baca pengalaman saya di sini.

Masalahnya sekarang semakin ramai ibu-ibu terpaksa bersalin secara pembedahan. Keadaan ini mendatangkan banyak masalah kepada ibu yang pertama kali mengahadapinya. Luka pembedahan yang tidak dijaga dan dirawat dengan betul boleh menyebabkan luka lambat baik, berair serta bernanah. Sesiapa yang melaluinya pasti tertekan.

Alhamdulillah dengan Shaklee, ramai ibu bersalin pembedahan tidak lagi mengalami kemurungan. Luka pembedahan cepat kering dan pulih. Yang 'best'nya anda tidak perlu lagi jalan terbongkok dan perlahan-lahan dalam tempoh yang lama. Rasa pedih dan sengal luka pembedahan juga tidak perlu ditanggung lama. Bukan saya sorang yang rasa pengalaman yang 'superb' ni. Anda baca sendiri pengakuan jujur ibui-ibu ini.

Berakhirnya Mimpi Ngeri Dengan Set Bersalin Pembedahan Shaklee

Berakhirnya Mimpi Ngeri Dengan Set Bersalin Pembedahan Shaklee

Mengambil suplemen ni memang terbaik buat ibu-ibu bersalin secara pembedahan. Kata-kata saya ni disokong oleh kenyataan dari pakar perbidanan dan sakit puan terkenal iaitu Dr Hamid Arshat. Menurut beliau pemulihan luka pembedahan selepas bersalin memerlukan suplemen dan sumber makanan yang berzat dan berkhasiat. Beliau juga menyatakan "Lepas bedah penting untuk meningkatkan imuniti untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis , fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil".

Menurut kepercayaan orang lama, banyak makanan yang perlu dielak untuk dimakan. Bagi saya yang mana logik dan bagus kita ikut. Macam saya, mengikut saranan doktor untuk makan buah yang mana elok untuk perlawasan dan baik untuk bersihkan kawasan luka. 

Berakhirnya Mimpi Ngeri Dengan Set Bersalin Pembedahan Shaklee

Set Bersalin Pembedahan Shaklee memang pilihan yg terbaik dan tepat. Ia lengkap dengan semua vitamin dan mineral yang diperlukan badan ketika tempoh berpantang.

Saya, pakar Set Bersalin Shaklee anda bersedia untuk membantu para ibu bersalin melalui tempoh berpantang yang selesa agar kembali sihat dan pulih sambil menjayakan penyusuan. Kerana ibu itu nyawa sesebuah keluarga bahagia. Sebelum nak jaga suami dan anak-anak kita sebagai ibu ni kena kuat,cergas dan bertenaga.

Berakhirnya Mimpi Ngeri Dengan Set Bersalin Pembedahan Shaklee



Mana-mana ibu yang sedang menangung kesakitan luka bersalin, masih belum terlewat untuk mengambil Set Bersalin Pembedahan Shaklee. Buat ibu-ibu hamil yang telah dijadualkan bersalin secara pembedahan, pm saya untuk perkongsian cara menjalani berpantang bersama Set Bersalin Pembedahan Shaklee dan cara makan Set Bersalin Pembedahan Shaklee yang betul untuk mendapat hasil yang memuaskan. Oppss! cara makan Shaklee, khas dan esklusif untuk pembeli Dazzlingdeeja sahaja.




Read More

Wednesday, 16 April 2014

// // Leave a Comment

Ostematrix Shaklee Bukan Sekadar Kalsium

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ostematrix Shaklee ni kalau anda nak tahu, ia bukan hanya pil kalsium yang biasa tapi ia merupakan suplemen kalsium terbaik. Ini kerana selain kalsium, Ostematrix Shaklee mengandungi, magnesium, Boron, vitamin D, manganase, kopper dan zink.


Ostematrix Shaklee

Berdasarkan pengalaman saya mengambil Ostematrix Shaklee ni, saya berpuas hati sebab banyak membantu masalah kesihatan saya dan memudahkan saya. Seperti yang anda semua ketahui susu merupakan sumber terbaik bagi kalsium. Bukan semua orang boleh minum susu dan mampu untuk mengambil susu setiap hari secara konsisten.

Maksud saya bukan semua orang boleh minum susu ialah ada segelintir yang alah dengan susu lembu dan mengalami "lactose intolerance". Macam perut saya ni, kalau kerap minum susu, akan rasa tidak selesa dan adakalanya buat saya cirit birit. Tambahan pula saya ada gastrik dan susu pH nya berasid dan tidak sesuai diambil. Jadi Ostematrix Shaklee sangat ideal menggantikan susu.

Ostematrix Shaklee


Selain itu, ada yang tidak mampu nak minum susu setiap hari dan menjadikannya amalan setiap hari sebelum tidur. Mampu di sini bukanlah dari segi kewangan tetapi lebih kepada komitmen dan disiplin. 

Macam saya ni bila dah sibuk dengan tugas seharian, mula lah lupa nak minum susu. Jadi Ostematrix Shaklee sangat membantu dan memudahkan saya. Nak mudah saya letakkan Ostematrix Shaklee ni atas kepala katil dan sentiasa ada air kosong dalam bilik. 

Mudah kan begitu, tak perlu bancuh-bancuh. Lagi pula Ostematrix Shaklee ni elok diambil sebelum tidur dan pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur, akan memeperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.


Ostematrix Shaklee

Apa yang saya suka dengan Ostematrix Shaklee ni, ia banyak berjasa dengan saya. Sebelum mengambil Ostematrix, saya sering mengalami sakit-sakit di tumit kaki. Makan ubat yang diberikan doktor pun tidak lega. Kata doktor saya kurang kalsium. Setelah mengambil Ostematrix, alhamdulillah sampai sekarang sakitnya tiada.

Saya pernah tergelincir di dapur, tapak kaki saya tergeliat. Ya Allah, sakitnya Tuhan sahaja yang tahu. Malam tu saya x boleh tidur, kaki saya berdenyut-denyut dan bila jalan pun rasa sakit. Saya sangat risau kalau bangun pagi saya tidak boleh jalan dan uruskan bayi saya serta anak-anak yang lain. Alhamdulillah setelah makan Ostematrix dan Omega Guard Shaklee malam kejadian, paginya sakit kaki saya berkurangan.

Cerita teman saya pula, Ostematrix Shaklee ni kalau diambil bersama alfalfa, susu badannya jadi banyak. Memang betul, saya pun perasan susu badan saya jadi banyak. Ostematrix Shaklee memang terdapat dalam Set Penyusuan Shaklee dan Set Bersalin Shaklee, dimana ia membantu memenuhi keperluan kalsium, vitamin D, dan Magnesium yang diperlukan ibu dan bayi. 40% daripada susu ibu mengandungi kalsium dan menjadikan tulang kuat dan sihat.

Ostematrix Shaklee
Set Penyusuan Shaklee

Ostematrix Shaklee juga dapat membantu mengatasi masalah sembelit. Pengambilannya bersama alfalfa serta air yang banyak membantu melawaskan pembuangan air besar. Ini kerana Ostematrix Shaklee dapat membantu memudahkan rembesan keluar dari sisa dari perut dan usus dan alfalfa merupakan sumber serat yang baik untuk pelawasan.

Selain itu, Ostematrix Shaklee dapat membantu mengurangkan stress, mengimbangi tekanan darah, dan memelihara denyutan jantung, Pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak dapat membantu meringurangkan kesakitan semasa datang haid.

Banyak kan manfaat yang kita boleh dapat dari Ostematrix Shaklee ni. Tambahan pula kalsium dalam badan kita hilang dan berkurang setiap hari. Jadi setiap hari kita perlu mengambil kalsium dari sumber makanan dan makanan tambahan.

Untuk pertanyaan dan pembelian boleh ikut step di bawah.






Read More

Saturday, 1 February 2014

// // Leave a Comment

Vita-Lea Iron Formula Multivitamin dan Multimineral Paling Lengkap Yang Mampu Dimiliki

Pada 1915, Dr. Forest C. Shaklee telah mencipta makanan tambahan multivitamin dan multimeneral yang pertama di dunia yang dikenali sebagai Vitalized Minerals. Shaklee menjadi peneraju kepada penciptaan vitamin dan perkataan vitamin pada masa sekarang berasal dari perkataan vita-min, singkatan dari Vitalized Minerals.
  
Vita-Lea Iron Formula disokong oleh tujuh kajian klinikal dan telah menjalani 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan potensi Vita-lea.

Vita-Lea Iron Formula Shaklee
Vitalized Minerals - Multivitamin Pertama Di Dunia
Pengambilan vitamin dan mineral dapat memberi nutrien-nutrien yang penting dalam meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan hidup. Vita-Lea merupakan makanan tambahan yang paling komprehensif, seimbang dan mampu dimiliki oleh semua orang. Ia juga sangat sesuai diambil oleh semua orang dewasa.

Vita-Lea diformulasi lengkap dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh  badan. Teknologi salutan mikro membantu pembebasan segera di dalam esofagus (perut) untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.

Vita-Lea Iron Formula Shaklee
Ujian Klinikal telah membuktikan pengambilan Vita-Lea selama setahun dapat mengurangkan risiko dijangkiti penyakit iaitu sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih sebagai The Best Multi-Vitamin di dalam Public Interest pada tahun 2000 oleh Center for Science di Amerika.

Vita-Lea merupakan pelengkap nutrisi bagi mereka yang kekurangan vitamin akibat amalan diet yang tidak seimbang dan baik untuk mereka yang mengamalkan diet sayuran (vegetarian) dan bagi pesakit anemia. Jadul di bawah menunjukkan manfaat yang boleh diperolehi dari  Vita-Lea.



Vita-Lea Iron Formulas Shaklee
Vita-Lea Iron Formulas Shaklee
*sumber buku Panduan Nutrisi Shaklee.
Vita-Lea bukan bertujuan merawat, mendiagnosa dan menyembuh sebarang penyakit tetapi manfaat yang diperolehi daripada kandungan multivitaminnya terbukti berkesan secara klinikal. Kita berikhtiar mencari yang terbaik buat kesihatan diri, kuasa yang menyembuhkan penyakit, kuasa Allah.

Vita-Lea Iron Formula Shaklee














Read More

Saturday, 25 January 2014

// // Leave a Comment

ESP Shaklee Bagai Cinta Pandang Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung Dazzling Deeja.

ESP Shaklee bagai cinta pandang pertama? wah, Hebat kan. Sekali minum, pasti nak lagi. Tambah-tambah kalau dibancuh bersama minuman kegemaran, memang menyelerakan. 

Saya sendiri paling suka dicampur dengan  Meal Shake atau horlick atau buat 'smoothie' dengan apa-apa jenis buah-buahan kegemaran. Tetapi awas, ESP Shaklee tidak boleh dibancuh dengan air panas dan air suam (protin akan musnah pada suhu tinggi).


ESP Berries Smoothie - via Instagram Sajidah Shopian



Nak tahu kenapa ESP ni menjadi kegemaran ramai dan menjadi antara 'hot item' dan 'hot selling' Shaklee? Ini kerana ia mempunyai pelbagai manfaat dan  dan ramai yang telah mendapat manfaatnya. 



ESP Shaklee juga boleh dikombinasikan dengan supplemen lain dalam pelbagai set seperti Set Bersalin Shaklee, Set Penyusuan Shaklee, Set Kulit Shaklee, Set Mengandung Shaklee, dan Set Kurus Shaklee.


Testimoni ESP Shaklee
ESP mencantikkan kulit dan meningkatkan penghasilan susu badan


Testimoni ESP
ESP membekalkan tenaga kepada ibu berpantang




ESP Shaklee merupakan satu-satunya produk protin yang mengandungi 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan badan. Ia diperkaya dengan sumber vitamin dan mineral serta kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39. Oleh ia selamat diminum oleh pesakit diabetes.

Untuk menjamin mutu ESP, kacang soya yang digunakan bebas daripada pendedahan perubahan genetik dari peringkat benih sehingga ke peringkat pengeluarannya. Sesetengah produk protin soya diproses bersama alkohol yang mana akan memusnahkan isoflavon.

Selain itu proses ini menyebabkan kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan. ESP Shaklee dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon bagi memastikan keseluruhan kebaikan protin soya dapat dibekalkan.

ESP Shaklee


Antara manfaat ESP yang paling utama ialah ia dapat membekalkan tenaga dengan segera dan dapat meningkatkan sistem imun, seterusnya dapat mencegah insomia, migrain dan tekanan. Disebabkan inilah ia dinamakan Energizing Soy Protein.

ESP memberikan kesan awet muda kerana asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, organ dan kulit. Kulit menjadi bertambah halus, gebu dan tegang. Selain itu ESP dapat merawat masalah rambut gugur dan kasar.


ESP Shaklee


ESP juga dapat merendahkan paras kolestrol, mencegah osteoporosis dan menghindar dari sakit jantung. Ganestein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya dapat menghalang pertumbuhan sel kanser. ESP terbukti berkesan dapat membanyakkan susu ibu. Selain itu, bayi yang anda susui memperolehi kulit yang putih gebu.


ESP Shaklee
Baby Shaklee- Iz Zara Arissa


Untuk mengetahui sendiri manfaat yang bakal anda perolehi, anda perlu rasainya sendiri dan kesan berbeza mengikut individu. Jadi untuk membuat pesanan segera sms/whatapps ke 017 6939 107.



Read More

Tuesday, 21 January 2014

// // Leave a Comment

Set Penyusuan Shaklee - Vitamin Ibu Menyusu bantu banyakkan susu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengujung Dazzling Deeja yang saya hormati.

Kesedaran ibu-ibu tentang kebaikan susu ibu semakin meningkat, namun begitu peratusan ibu menyusu masih rendah, Ibu-ibu masih lagi gemar memberi anak mereka menyusu dengan susu formula berbanding susu ibu yang lebih berkhasiat dan selamat.Baca ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang risiko memberi susu formula.

Susu formula meningkatkan risiko bayi mengalami gastroentreritis, diabetes dan kaser 'lymphatic'. Kandungan susu formula juga berbeza bagi setiap jenama berbanding susu ibu yang mengandungi zat dan nutrien yang sama bagi semua ibu.


Set Penyusuan Shaklee


Ramai Iibu-ibu yang mengalami masalah dalam penyusuan terutamanya bagi wanita yang pertama kali menjadi ibu dan ibu-ibu yang berkerjaya. Ramai pelanggan kami yang mengalami masalah dalam membuat stok susu untuk kembali berkerja.

Setelah menggunakan Set Penyusuan Shaklee yang kami cadangkan, alhamdulillah pelanggan kami sangat berpuas hati. Berikut merupakan perkongsian mereka selepas menggunakan Set Penyusuan Shaklee.



Set Penytusuan Shaklee
Pelanggan Dazzling Deeja yang mengalami masalah untuk membuat stok susu.
Set Menyusu Shaklee
Selain membantu membanyakkan susu, ESP memberi rasa kenyang dan kulit bertambah cantik.

Sebelum anda mengambil keputusan untuk membeli Set Penyusuan Shaklee, sila pastikan anda telah melakukan tip-tip untuk membanyakkan susu di bawah :

  • susukan bayi anda mengikut keperluannya, 10-12 kali sehari
  • tidak memberikan susu selain susu ibu
  • tenangkan fikiran dan rehat secukupnya
  • teruskan penyusuan di waktu malam dan susukan bayi lebih kerap di waktu malam kerana hormon prolaktin lebih banyak terhasil pada waktu malam
  • makan makanan seimbang dan minum lebih 3 liter air sehari
  • pastikan teknik menyusu bayi yang betul- posisi dan pelekapan yang betul
  • melakukan teknik "power pumping"
Set Penyusuan Shaklee
Posisi Penyusuan dan Pelekapan Mulut Bayi Yang Betul
Jika anda tealah mencuba pelbagai ikhtiar dan telah mengamalkan semua tip untuk banyakkan susu badan tapi susu yang terhasil masih sedikit, kami bersedia membantu anda. Kami bantu anda untuk mendapatkan supplemen yang mampu memberi nutrisi yang baik buat anda dan bayi serta dapat meningkatkan penghasilan susu anda.

Berikut merupakan Set Penyusuan Shaklee mengikut keperluan dan budget anda.

Set Penyusuan Shaklee
Set Menyusu Basic
  • sesuai buat ibu-ibu yang pertama kali ingin menggunakan Set Penyusuan Shaklee
  • bantu ibu-ibu banyakkan susu
  • bantu ibu cergas dan bertenaga
  • bantu bayi anda kenyang dan tidur dengan selesa
  • bantu ibu-ibu yang sentiasa lapar kerana menyusui bayi ( dengan ESP, bantu elak sentiasa rasa lapar)

Set Penyusuan Shaklee
Set Menyusu Extravaganza
  • bantu ibu menyusu yang kekurangan nutrien atau yang kurang menjaga pemakanan untuk dapat nutrien yang penting untuk ibu dan bayi.
  • bantu ibu menyusu kurangkan berat badan
  • bantu ibu menyusu bertenaga dan cergas
  • bantu ibu menyusu mendapat kulit cantik dan berseri
  •  bantu elak ibu menyusu dari tekanan.
Kami juga memberi nasihat penyusuan secara esklusif buat pelanggan kami sahaja dan kami mempunyai seorang kaunselor laktasi berdaftar yang dapat membantu menyelesaikan masalah penyusuan anda.

Hubungi kami untuk mendapatkan Set Penyusuan Shaklee anda.









Read More