Sunday 22 June 2014

// // Leave a Comment

SET BERSALIN SHAKLEE UNTUK KURUSKAN BADAN

Syukur, Alhamdulillah saya dberi kesempatan untuk berkongsi pengalaman menarik pengguna Set Bersalin Shaklee Untuk Kuruskan Badan. Ramai ibu-ibu ketika hamil mengalami penambahan berat badan yang banyak. 

Saya sendiri semasa hamil anak yang pertama mengalami kenaikan berat badan yang sangat drastik. Berat badan saya dari 74 kg bertambah menjadi 100kg. 

Badan ini bagai dipam-pam, kerana selera makan ketika itu tidak dapat dikawal. Ketika itu saya belum mengenali Set Bersalin Shaklee

Keadaan ini bukan saya sahaja yang mengalaminya, ramai lagi ibu-ibu hamil yang mengalami masalah seperti saya.


Dengan Shaklee, anda tidak perlu risau lagi kerana Set Bersalin Shaklee boleh membantu anda mengurangkan berat badan anda ketika tempoh berpantang. Ramai yang telah berjaya menurunkan berat badan mereka ketika berpantang dengan Set Bersalin Shaklee Untuk Kuruskan Badan. 

Di sini saya ingin berkongsi kisah gembira seorang pengguna Set Bersalin Shaklee dari Lahad Datu,Sabah. Beliau telah mengalami pengalaman berpantang yang berbeza dari sebelum ank yang ketiga ini setelah menggunakan Set Bersalin Shaklee. 

Pengalaman yang beliau kongsikan ini sangat mengujakan kami kerana selain dapat menurunkan berat  badan, Set Bersalin Shaklee menurut beliau dapat membanyakkan air susu badannya juga.





Berat badannya mengalami penurunan dari 88kg (berat semasa trimester ke 3) kepada 71kg dalam masa sebulan. Wah, 17kg dalam masa sebulan, banyak tu. 

Apa yang menggujakan lagi beliau berhasil mendapatkan berat bdan yang lebih rendah dari sebelum hamil ( berat sebelum hamil 82kg ). Selain itu susu badannya banyak, beliau juga bertenaga sepanjang berpantang walau menjaga 3 anak kecil sendiri. 


Jika anda mahu membaca lagi pengalaman dari pengguna Set Bersalin Shaklee yang lain,  klik di sini.
Read More

Friday 20 June 2014

// // Leave a Comment

SET BERSALIN SHAKLEE PENGALAMAN SAHABAT KAMI PUAN AIZZAH DARI PENANG

Syukur alhamdulillah, selama saya bersama Shaklee, banyak maklum balas positif yang telah saya terima dari pengguna-pengguna Set Bersalin Shaklee. 

Klik di sini untuk membaca pengalaman saya menggunakan Set Bersalin Shaklee.

Ada di antara ibu berpantang lebih gemar menggunakan Set Bersalin Tradisional berbanding Set Bersalin Moden. Oleh itu saya ingin berkongsi satu kisah yang bakal mengubah persepsi anda terhadap Set Bersalin Moden.

Set Bersalin Shaklee


Mari kita baca kisah suka duka Pn Aizzah bersalin dan berpantang serta pengalaman beliau menggunakan Set Bersalin Shaklee Premium. Testimoni di bawah dipetik dari blog beliau ; www.hargasetbersalinpremium.blogspot.com





Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera buat semua pembaca...

Saya menggunakan Set Bersalin Premium Shaklee ini ketika saya bersalin anak yang ke-3. Sebenarnya pada mulanya saya pun seperti kebanyakan ibu dan bakal ibu (mengandung anak sulong) yang risau dan pening untuk mencari vitamin atau jamu yang sesuai untuk digunakan ketika berpantang.

Semua ibu pastinya mahukan yang terbaik untuk anak yang bakal dilahirkan juga untuk diri sendiri. Seperti yang semua ibu sedia maklum, bersalin dan untuk pulih seperti sediakala bukan mudah. Ada sesetengah ibu yang mengalami tekanan ketika berpantang disebabkan tekanan yang datang dalam pelbagai bentuk seperti :
  • Kurang tidur - itu sudah semestinya bagi ibu-ibu yang berpantang
  • Anak kecil meragam - kurang susu, kembung perut antara yang sering dialami oleh newborn baby
  • Terpaksa menguruskan anak-anak yang lain yang pelbagai ragam - bagi ibu-ibu yang berpantang sendiri di rumah
  • Luka bersalin yang lambat sembuh - terutama yang bersalin cara pembedahan
  • Situasi di luar jangkaan - bagi ibu-ibu yang bersalin anak sulong yang tidak pernah menjangka akan berhadapan dengan situasi yang meletihkannya
Apa pun bentuk tekanan yang dihadapi oleh para ibu faktor penyebab haruslah diberi perhatian yang lebih.


Pengalaman Bersalin dan Berpantang Anak Sulong.

Pengalaman saya bersalin dan berpantang anak sulong memang benar-benar mengejutkan saya. Sebagai bakal ibu yang tidak pernah melalui situasi bersalin dan berpantang sudah pasti saya tertanya-tanya bagaimana rasanya sakit bersalin.

Rasa teruja yang terlalu tinggi menyebabkan saya jadi tidak keruan bila berhadapan dengan tanda untuk bersalin dan ketika itulah keluarga memainkan peranan penting dalam menenangkan saya yang dalam kesakitan.

Saya rasa sakit kontraksi sekitar pukul 10.00am dan dimasukkan ke wad sekitar pukul 3.00pm. Kontraksi jadi semakin kuat sekitar 7.00pm sehingga 11.00pm tapi bukaan masih 1 cm. Ketika itu, Allah SWT saja yang tahu bagaimana situasi saya yang tidak pernah menjangkakan sakit bersalin seperti yang telah dirasakan.

Sekitar pukul 4.00am, dalam menahan rasa sakit tiba-tiba saya rasakan letupan kecil seperti belon pecah diperut dan pada masa yang sama kain dan katil saya basah. Rupanya waktu itu air ketuban saya pecah, dalam kesakitan saya mampu lagi tersenyum kerana merasakan pengalaman itu sangat menarik. Walau bagaimanapun bukaan baru 1.5 cm.

Memang ketika itu saya hanya mampu menangis menahan kesakitan, dalam fikiran ketika itu bukaan 1.5cm pn dah rasa sakit macam ni apalagi bukaan 10cm, yang terbayang ketika itu hanya wajah ibu ketika melahirkan saya. "ya Allah ya Tuhan ku lindungilah ibu ku ya Allah".

Tepat pukul 8.30am, saya dimasukkan ke labour room setelah bukaan 4.5cm. Ketika itu memang saya sudah tidak bertenaga lagi dan apa yang lebih merisaukan saya ketika itu ialah saya tak mampu untuk meneran. Lalu saya meminta epidural diberikan agar kesakitan menjadi kurang dan saya mampu untuk bertenang ketika bersalin.

Alhamdulillah, epidural ketika itu benar-benar membantu saya mengurangkan kesakitan yang saya alami. Tepat 1.00pm saya sudah tidak mampu bertahan dan merasakan kesakitan yang semakin kuat sehingga epidural pun dirasakan sudah tidak mampu menahan kesakitan itu dan ketika itulah saya diminta untuk meneran.

Seperti yang saya jangka, saya sudah tidak bertenaga untuk meneran dan 10 minit berlalu baby masih belum dapat keluar. Ketika itu saya terdengar kata-kata bidan lagi 5 minit saya tak bersalin juga mereka terpaksa vakum baby keluar.

Masa yang sama juga suami yang sedari awal berada disisi memberi sokongan meminta saya meneran sehabis baik dan kata-katanya ketika itu masih segar dalam ingatan,

"Mama, kali ni teran sekuat-kuatnya...kesian kat baby"

Mendengar permintaan itu saya pun menarik nafas sepanjang yang saya mampu ketika itu dan bila mendengar suara bidan meminta saya meneran, saya pun mengerah sisa tenaga yang ada meneran sekuat yang mungkin dan akhirnya setelah 26 jam bertarung dengan kesakitan akhirnya tepat 1.15pm saya selamat melahirkan baby boy seberat 2.7kg.

Belum habis rasa trauma bersalin, situasi berpantang juga sangat membuatkan saya terkejut. Ketika itu baby sering menangis malam. Air susu kurang menyebabkan anak sering meragam dan turut mengalami masalah sembelit serta kembung perut.

Ketika itu Allah SWT saja yang tahu betapa saya tertekan. Luka jahitan lambat sembuh sehingga memakan masa 20 hari untuk sembuh. Masa tu saya memang tak lalu minum pati ikan haruan dan bergantung sepenuhnya dengan pil ikan haruan untuk sembuh. 

Badan pula memang rasa sakit dan tidak bertenaga. Malah sehingga hari ke-40 pun saya masih lemah dan ketika itu saya cuma makan pil jamu. Masa berpantang anak sulong saya langsung tidak melakukan sebarang kerja rumah dan lebih banyak berehat dan berbaring, tapi badan tetap lemah dan tak bertenaga.

Makan pula memang tak lalu dan kadang-kadang diserang gastrik dan sembelit. Memang kalau nak kata saya tertekan, memang saya mengaku saya sangat tertekan ketika itu. Walaupun sehingga habis pantang tenaga saya masih tidak pulih.


Pengalaman Bersalin dan Berpantang Anak ke-2.

Apabila anak sulong saya berusia 8 bulan, saya disahkan hamil sekali lagi. Masa tu saya tak tau nak kata apa sebab trauma bersalin dan berpantang anak sulong masih terasa. Tetapi apa yang membuatkan saya menerima berita tersebut dengan gembira dan hati terbuka ialah Allah SWT ingin memberikan rezeki yang tidak ternilai yang tak semua insan dapat iaitu zuriat.

Oleh sebab itu saya terus mempersiapkan diri dengan kekuatan mental, rohani dan jasmani agar saya mampu berdepan dengan apa jua situasi yang bakal saya hadapi.

Alhamdulillah, di awal kehamilan saya tidak mengalami alahan teruk sama seperti hamil anak yang sulong. Walau bagaimanapun, ketika kandungan mencecah 7 bulan turun tanda awal bersalin menyebabkan saya diberikan suntikan untuk membantu paru-paru baby matang dan doktor meminta saya berehat dirumah tanpa membuat sebarang kerja berat dan ketika kandungan mencecah 8 bulan doktor mengesahkan baby sudah memasuki laluan dan bila-bila masa boleh bersalin.

Ketika saya rasa berdebar dan berdoa semoga anak saya lahir cukup bulan. Alhamdulillah doa saya dan keluarga dimakbulkan Allah SWT apabila genap usia kandungan saya 38 minggu turun tanda awal bersalin.

Saya dimasukkan ke wad pukul 9.00 malam yang mana ketika itu bukaan adalah 2cm. Sekitar pukul 12.30am, saya kontraksi semakin kuat dan doktor mengesahkan bukaan dah 5cm dan saya dimasukkan ke labour room.

Memang bersalin kali ke-2 ni bukaan agak cepat apabila sekitar pukul 2.00am bukaan dh masuk 7cm. Sekitar pukul 2.45am bukaan dah penuh dan sekitar pukul 2.55am saya selamat melahirkan anak ke-2.

Walau bagaimanapun, kesakitan yang dialami memang tak mampu ditanggung sehingga diluar sedar saya menjerit kesakitan. Ketika itu doktor memberikan saya gas etonox agar saya mampu menahan kesakitan, tapi kesakitan tersebut membuatkan saya jadi tak tenang dan tak mampu menyedut gas tersebut dengan baik akhirnya saya sendiri rasa mabuk dan hampir pitam.

Saya tak pasti pula keadaan suami ketika itu melihat keadaan saya kerana saya sudah tak mampu untuk bercakap dengannya dan hanya menjerit kesakitan.

Setelah selamat melahirkan anak ke-2, pengalaman berpantang kali ini  berbeza sedikit dengan pengalaman anak sulong. Kali ni anak kurang meragam, kurang menyusu dan lebih banyak tidur.

Walau bagaimanapun, baby tak mengalami sembelit dan kembung perut kerana lebih banyak menyusu badan. Namun susu badan pula yang sedikit dan menjadi kering selepas habis berpantang.

Ketika pantang kali ni saya mengambil jamu Indonesia yang mana penggunaanya amat rumit dan meletihkan. Walaupun agak bertenaga sedikit berbanding berpantang sebelumnya, namun luka jahitan juga lambat sembuh dan saya terpaksa berulang-alik ke hospital akibat jahitan terbuka.

Kali ini saya langsung tak mengambil pil ikan haruan dan bergantung sepenuhnya dengan jamu tersebut. Berpantang anak ke-2, saya terpaksa menguruskan anak sulong. Walau turut dibantu ahli keluarga tapi saya tetap keletihan dan merasa sedikit tertekan.


Pengalaman Bersalin dan Berpantang Anak ke-3 Menggunakan Vitamin Shaklee.

Masuk bab ni memang saya sangat teruja dan tak sabar untuk bercerita. Setelah hampir 3 tahun berlalu, saya disahkan hamil anak ke-3. Ketika itu saya dan suami la insan yang paling gembira sekali.

Seperti sebelumnya, di awal kehamilan kali ini juga saya tidak mengalami alahan yang teruk sama seperti kehamilan pertama dan ke-2, yelah mungkin sudah rezeki saya.

Walau bagaimanapun, apabila kehamilan saya mencecah usia 29 minggu saya terpaksa dimasukkan ke wad akibat reduce fetal movement (baby kurang gerak). Akibat kes yang sama juga sekali lagi saya dimasukkan ke wad ketika kehamilan mencecah 32 minggu. Ketika itu, hanya Allah SWT yang tahu betapa risaunya saya ketika itu.

Akibat kes tersebut, saya mula membuat persediaan awal. Saya juga mula mencari jamu yang sesuai untuk berpantang. Apa yang pasti, saya tak mahu jamu yang saya guna masa berpantang anak sulong dan ke-2.

Dalam pening mencari jamu yang sesuai, beberapa orang rakan mencadangkan saya mengambil vitamin Shaklee. Disebabkan baru pertama kali mendengar nama vitamin tersebut dan kurang keyakinan yang vitamin boleh digunakan ketika berpantang.

Saya mula mencari info tentang vitamin tersebut dan akhirnya penerangan kak salwa tentang Shaklee berjaya meyakinkan saya untuk membeli Set Bersalin Premium Shaklee
Set Bersalin Shaklee
Ketika kehamilan mencecah 8 bulan, saya menghadapi masalah gastrik, kurang bertenaga dan kurang selera makan. Keadaan tersebut membuatkan saya risau tentang keadaan baby dalam kandungan. Akhirnya sekali lagi saya bertanyakan kak salwa pasal Set Kehamilan Shaklee. 

Apa yang membuatkan saya gembira bila mengetahui yang set kehamilan turut berada di dalam set bersalin yang telah saya beli. Hal tersebut sekurang-kurangnya telah membantu saya berjimat ;). Walau bagaimanapun timbul keraguan tentang kesannya kepada baby dalam kandungan. Namun saya beranikan diri untuk mencuba. 

Apa yang menakjubkan lepas 2 hari makan vitamin mengikut cara pemakanan yang betul akhirnya tanpa saya sedari masalah gastrik saya hilang dan kembali bertenaga. Selera makan juga kembali pulih dan menjadi semakin berselera untuk menjamah apa jua hidangan. 

Apa yang lagi membuatkan saya teruja bila baby dalam kandungan semakin aktif dan apabila saya membuat pemeriksaan antenatal di klinik, Hb saya yang sebelum ini paling tinggi 11 berjaya naik hingga 13. Menakjubkan bukan terutama bagi saya yang tak pernah menjangkakannya.


Apabila kehamilan mencecah 38 minggu, sekali lagi saya terpaksa masuk wad akibat kes yang sama iaitu baby kurang gerak dan ketika itu doktor pakar terpaksa mengambil keputusan melakukan induce ke atas saya. Ketika itu Allah SWT saja yang tahu perasaan saya. 

Rasa takut membuak-buak lebih-lebih lagi bila teringat kata-kata rakan yang induce ni sakit daripada bersalin tanpa induce. Namun ku gagahkan juga diri berdepan situasi tersebut. Sebelum diinduce saya sempat bersarapan dengan 2 keping roti dan ESP serta vitamin Shaklee. 

Saya diinduce pukul 2.00pm dan mula merasa sakit kontraksi pukul 3.00pm. Apa yang menarik, saya rasa kesakitan kali ni lebih kuat berbanding bersalin anak ke-2 tapi saya masih mampu tenang dan tak sedikit pun menjerit. Hanya air mata yang mengalir dan melihatkan keadaan tersebut jururawat terus memberikan saya gas etonox untuk menahan kesakitan.

Sekali lagi saya rasa menakjubkan bila saya dengan tenang mendengar penerangan jururawat bagaimana menggunakan gas tersebut dengan berkesan. Sangat terharu bila saya berjaya menggunakan gas tersebut dengan berkesan dan memang sangat-sangat membantu mengurangkan sakit saya dan saya menjadi semakin tenang.

Pukul 4.15pm, saya meminta suami disisi memanggilkan doktor bila saya rasa sudah tidak mampu bertahan dan doktor tidak menyangka bukaan sudah penuh dan dah sedia untuk keluar. 

Ketika itu, doktor memberi penerangan bagaimana nak meneran dengan cara yang betul dan yang menakjubkan saya masih mampu mendengar penerangan tersebut dan berjaya meneran dengan penuh bertenaga. Akhirnya pukul 4.30pm saya selamat melahirkan baby girl seberat 3.4kg. 

Walaupun kelahiran kali ini seberat 3.4kg berbanding anak sulong 2.7 dan ke-2 seberat 2.8, tapi apa yang membuatkan saya gembira dan bersyukur sangat kelahiran kali ini lancar tanpa sebarang luka dan ia memang pengalaman yang sangat menakjubkan. 

Proses kelahiran yang pantas, penuh bertenaga, melahirkan baby seberat 3.4kg tanpa sebarang luka dan jahitan sesungguhnya itu adalah hadiah yang tidak terhingga dari Allah SWT dan sesungguhnya saya sangat-sangat bersyukur kerana dipermudahkan oleh Allah SWT. Sesungguhnya kita hanya mampu berusaha dan segala kejayaan hanya dengan izinNya jua.

Selesai bab bersalin, kini masuk fasa berpantang. Sekali lagi Shaklee memberikan keseronokan berpantang yang memang sangat mengujakan. Selepas sehari bersalin saya terus mengambil vitamin set bersalin dan saya ikut jadual pemakanan yang telah disarankan. 

Selepas 3 hari berpantang memang saya rasa bertenaga semula walaupun tidur tak cukup. Baby tidak meragam dan tak kembung perut. Air susu banyak dan pekat. pengurusan makan vitamin tidak rumit berbanding pengambilan jamu dan tidak meletihkan. 

Cuma bezanya hanya perlu minum air yang banyak kalau tak kemungkinan kita akan berdepan dengan healing crisis. Apa yang lebih menarik saya tiada masalah sembelit dan badan cepat kurus berbanding makan jamu. Rahim juga cepat kecut dan yang menariknya semasa membuat pemeriksaan postnatal Hb saya juga pekat iaitu 12.5. 

Kulit juga semakin berseri dan tidak pucat. Walaupun saya terpaksa mengurus anak-anak ketika dalam pantang tapi saya tak keletihan dan sentiasa bertenaga. Saya juga tidak mengalami tekanan dan sentiasa rasa tenang walaupun berdepan dengan pelbagai karenah anak-anak. 

Kesimpulannya Shaklee memang menakjubkan dan tidak salah saya katakan di sini yang setiap lapisan masyarakat perlu memiliki Shaklee untuk kesihatan yang optimum.
Read More

Thursday 19 June 2014

// // Leave a Comment

SET BERSALIN SHAKLEE TERBAIK - BETUL KE SHAKLEE BAGUS UNTUK IBU BERPANTANG

Pasti ada yang tertanya-tanya betul ke Set Bersalin Shaklee ni bagus? boleh ke bantu banyakkan susu ibu? Betulkah Set Bersalin Shaklee dapat membantu ibu berpantang secara pembedahan (cesarean) sembuh dengan cepat?
Dan banyak lagi persoalan yang kami terima tentang Set Bersalin Shaklee.

Set Bersalin Shaklee

Di sini kami rungkaikan jawapannya.
Antara info penting yang wajib anda ketahui tentang Set Bersalin Shaklee :
  1. Set bersalin Shaklee adalah yang terbaik kerana  boleh digunakan untuk ibu yang bersalin normal atau pembedahan. 
  2. Tidak panas seperti jamu, semulajadi dan selamat buat ibu menyusu dan anak jaundis.
  3. Set Bersalin Shaklee 100% semulajadi, disahkan halal oleh badan yang diiktiraf Jakim.
  4. Harga Set Bersalin Shaklee berpatutan dengan manfaat yang bakal anda perolehi.
  5. Set Bersalin boleh diambil selepas tempoh berpantang.
  6. Set Bersalin Shaklee sesuai untuk ibu menyusu dan dapat membanyakkan susu badan.

Banyak lagi kelebihan Set Bersalin Shaklee yang akan anda dan bayi boleh perolehi. Anda boleh baca di sini.

Bagaimana Anda Dapat Memilih Set Bersalin Terbaik?

Pada masa sekarang terdapat lambakan Set Bersalin di pasaran yang pasti membuatkan ibu hamil dan berpantang pening dan tidak tahu yang mana yang terbaik. Kekurangan pengalaman membuatkan ramai ibu yang tersilap membeli set bersalin yang sesuai dan terbaik. 

Ini terjadi kepada saya sendiri. Teman-teman boleh baca pengalaman perbezaan berpantang menggunakan set bersalin jamu  dan Set Bersalin Shaklee, klik di sini. Di bawah merupakan testimoni dari pelanggan Dazzling Deeja.


Nutrisi yang lengkap dan seimbang penting semasa tempoh berpantang. Selepas kelahiran paras hormon dan saiz uterus kembali seperti biasa. Dianggarkan 25%-85% wanita postpartum mengalami kemurungan untuk beberapa hari.

Pakar nutrisi sangat menggalakkan pengambilan supplemen semasa tempoh berpantang bagi keperluan nutrien ibu dan bayi, membantu proses pemulihan badan selain dapat mengelak kemurungan atau meroyan. Supplemen Shaklee mampu memenuhi keperluan untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Ramai yang telah berpuas hati menggunakan Set Bersalin Shaklee. Lihat apa kata pakar dalam video di bawah.



Faktor kedua yang diambil kira semasa memilih set brsalin ialah harga yang ditawarkan Set Bersalin. Kebanyakan orang mencari yang sesuai dengan budget mereka tanpa memikirkan kualiti setiap produk. Harga yang ditawrkan Set Bersalin Shaklee sepadan dengan kualitinya. Saya berani jamin, hasil yang bakal anda perolehi sangat berbaloi.

Saya telah jumpa ramai pengguna Set Bersali Shaklee dan saya belum jumpa yang tidak berpuas hati. Kebanyakannya memberi komen positif seperti badan  segera pulih, luka bersalin cepat sembuh, badan bertenaga dan boleh berjaga malam menyusukan anak.

Jom baca review positif dari pengguna Set Bersalin Shaklee

Set Bersalin Shaklee
Testimoni Set Bersalin Pembedahan Shaklee

Set Bersalin Shaklee
Testimoni Set Bersalin Shaklee
Untuk pengetahuan anda terdapat beberapa jenis Set Bersalin Shaklee mengikut keperluan dan budget anda. Anda boleh baca lanjut "review" nya, klik di sini.

Saya yakin, anda semua bijak, mengapa perlu bayar lebih sedangkan anda boleh berjimat. Nak beli dengan harga ahli dan ada antara anda yang nak tambah sumber pendapatan. Maklumat lanjut klik Kelebihan Daftar Ahli Bersama Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia.

Atau anda boleh hubungi saya dan saya akan beri penerangan yang terbaik kepada anda.

Berikut merupakan manfaat setiap suplemen dalam Set Bersalin Shaklee.


Vitalea

Multivitamin dan multimineral yang membekalkan 28 jenis nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Ia mengandungi Beta Karotena untuk pemulihan dan perkembangan tisu; kalsium, fosforus dengan vitamin C & D untuk kesihatan tulang dan penyusuan; Biotin dan Panthotenic Acid untuk metabolisma lemak dan Vitamin B12 untuk pembentukan sel darah merah. Maklumlah ibu baru bersalin pasti banyak kehilangan darah.


B COMPLEX

B Complex lengkap dengan 8 jenis vitamin B untuk kesihatan saraf dan juga anti-stress. Ibu baru bersalin biasanya mengalami sedikit tekanan perasaan yang jika tidak diatasi boleh membawa kepada meroyan. Berada dalam keadaan tertekan juga boleh memberi kesan kepada susu badan.


VITAMIN C

Vitamin C penting dalam penjagaan kolagen tubuh. Vitamin C membantu penyerapan zat besi bagi mengelakkan anemia di kalangan ibu baru bersalin. Ia juga penting untuk mencegah selesema.

Satu kajian menunjukkan ibu-ibu menyusu yang mengambill vitamin C, mempunyai kosentrasi vitamin C pada bayi. Oleh itu bayi-bayi yang secara eksklusif diberi susu ibu tidak mengalami kekurangan vitamin C.


ZINC

Kekurangan zinc menjadikan luka lambat sembuh, dan ia juga berkait dengan tekanan selepas bersalin. Zinc juga membantu mengelakkan jangkitan pada luka serta mengelakkan rambut gugur.

Kita selalu dengar ikan haruan sangat elok untuk penyembuhan luka, ini kerana ikan haruan merupakan sumber Zinc. Supplemen Zinc merupakan cara mudah dibandingkan memakan ikan haruan kerana perlukan masa untuk masak dan makan.



Ibu baru bersalin memerlukan protein untuk membina kembali tisu-tisu dan memulihkan badan selepas selepas bersalin. Protein juga penting dalam penyusuan susu ibu. ESP dipercayai dapat memekatkan susu dan membanyakkan susu. ESP juga memberi tenaga kepada ibu dan memberi rasa kenyang. 


OSTEMATRIX

Gabungan kalsium-magnesium-vitamin D dan mineral2 lain bukan saja baik untuk tulang dan gigi malah membantu dalam pembentukan sel darah dan mengelakkan sembelit.


LECITHIN

Lecithin membantu ibu menyusu mengelak dan merawati bengkak susu.

Semoga anda jelas dengan manfaat dan kebaikan yang ditawarkan Set Bersalin Shaklee. Jika mempunyai pengalaman yang ingin dikongsi mengenai Set Bersalin Shaklee, anda boleh berkongsi diruan komen dan saya sangat berminat mengetahuinya.

Salam sayang, DD.


Read More